27 Oktober 2010

Ini Bukan Rasuah Pilihan Raya .......Tetapi...........


RAIS   bersama calon pilihan raya kecil DUN Galas, Ab Aziz     (kiri) beramah mesra dengan    pelajar cemerlang sekitar Sungai Terah yang menerima komputer 1Malaysia di Gua Musang, semalam.
RAIS bersama calon pilihan raya kecil DUN Galas, Ab Aziz (kiri) beramah mesra dengan pelajar cemerlang sekitar Sungai Terah yang menerima komputer 1Malaysia di Gua Musang, semalam.
GUA MUSANG: Penduduk di 30 kampung di Kelantan bakal menikmati kemudahan Wifi secara berperingkat bagi membolehkan mereka menggunakan internet tanpa wayar secara percuma.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kemudahan itu disediakan kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit.


“Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan `Kampung Wifi’ di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu perkhidmatan itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, dekat sini, semalam.
Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Khalid Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah. 
Rais berkata, program seumpama itu tidak ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil DUN Galas kerana kerajaan sudah lama bercadang untuk membinanya dan secara kebetulan sekarang musim pilihan raya kecil. 

Katanya, kerajaan komited dengan kemahuan rakyat yang dahagakan kemajuan teknologi terkini itu, termasuk di Kelantan kerana semuanya ingin menikmati kemudahan seumpama itu. 

Sementara itu, pada program berasingan, kementerian berkenaan melancarkan Posmen Komuniti pertama di Semenanjung membabitkan masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Hendrop, pedalaman Gua Musang supaya perkhidmatan surat sampai ke perkampungan mereka. 
Rais berkata, langkah itu sesuai dengan perkembangan kemajuan sekarang yang memerlukan banyak pembaharuan untuk kaum itu supaya taraf kehidupannya terus meningkat dengan menggunakan pelbagai teknologi terkini. 

Beliau menyifatkan langkah Pos Malaysia Berhad melantik Posmen Komuniti sebagai usaha terbaik untuk mereka menggunakan perkhidmatan persuratan yang mana sebelum ini belum pernah berbuat demikian. 

“Posmen Komuniti itu yang pertama dilancarkan untuk penempatan Orang Asli kerana sebelum ini Pos Malaysia sudah berbuat demikian di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan vest Pos Malaysia kepada Dua Posmen Komuniti Pos Brooke dan Hendrop, petang semalam.


( Persoalannya, kenapa benda ni tak dapat di Gelanggi 01 ? ............


Oooooooooo kerana tiada pilihanraya kecil.......


Jika ada pilihanraya kecil di Gelanggi 01, orang gelanggi 01 pun dapat juga..........tetapi .kenapa tunggu pilihanraya kecil baru dapat ?


Saje je nak tumggu pilihanraya kecil baru kami beri...tapi ini  bukan rasuah......habis tu panggil ape...? )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan