07 November 2011

Disebalik Cerita Felda Global Ventures dan FELDA ( Siri 1)


FAKTA-FAKTA PENYENARAIAN FELDA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN TV3 DAN UTUSAN:

1. Menteri Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan suratarahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda demi memenuhi nafsu Isa Samad kecuali diarahkan PM Najib. 

Campur tangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkasa. 

Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari EU dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi.

Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) Dato Seri Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan menyokong usaha Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walau pun Isa Samad menjaja nama PM Najib ke sana ke mari

2. Perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:

· Tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantationberjumlah 360,000 hektar DAN;

· Tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. 

Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran,ia akan diberikan kepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. 

Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Sabri Ahmad

· Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture

JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH REFERENDUM

3. Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:


Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:

· Mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL),

Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. 

Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama telah dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini

· Menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda.

Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini

· Hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion

Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu di antara berikut:

DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:

Durian Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan ‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana bantahan peneroka

Pink Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang sebenar. 

Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara lain malah penjenayah juga boleh membelinya).

Adalah dijangka jualan anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli saham anda terutama kroni Isa dan Sabri 

· Koperasi Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku.

· FELDA (pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak FELDA dan diberi kepada pelabur lain

· Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM BERMULA 1.12.2012) 

Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA tidak dapat lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan, perumahan dan lain-lain..

Kesimpulannya taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dan lain-lain..

· Kuota Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global Ventures

1. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR:

a. Tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini

b. Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka

c. Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. 

Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. 

Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor oleh akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link:http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/

Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2 individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?

Semua fakta-fakta ini akan terbukti jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamah menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. 

Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. 

Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.

TERGADAINYA ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA

ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA TERGADAI! BERBANGGAKAH ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD KHIANATI WARGA FELDA?

Jika melihat kepada struktur penyenaraian Felda Global Ventures yang akan bermula bulan Mac 2012 ianya adalah seperti berikut -


:


Adalah jelas bahawa ORGANISASI FELDA sudah kehilangan HAK PEMILIKAN DAN REPRESENTASI di dalam anak-anak syarikatnya. Yang ada sekadar kaitan nama Koperasi Permodalan Felda (KPF), iaitu sebuah Koperasi usahasama peneroka dan kakitangan yang memegang 30% sahaja daripada hak terhadap anak-anak syarikat Felda. 

Sebelum itu KPF memegang hak sebanyak 51% ke atas anak-anak syarikatnya dan FELDA memegang 49% melalui pemilikan 100% terhadap Felda Global Ventures.

Namun, Isa Samad buangan UMNO ini dan Sabri Buangan Sime Darby mewujudkan struktur pra-penyenaraian (struktur silap mata) untuk menampakkan KPF memegang 60% dan FELDA 40% bagi menutup mata peneroka dan kakitangan.

Sedangkan, dalam STRUKTUR SEBENAR SEMASA PENYENARAIAN, KPF memegang hanya 30% dalam anak-anak syarikat manakala HAK PEMILIKAN DAN REPRESENTASI organisasi FELDA terpelanting keluar dan diganti 70% pelabur luar. STRUKTUR SEBENAR SEMASA PENYENARAIAN di atas boleh dirujuk di 2-3 blog anjing rasmi Isa yang dibayar hampir RM3 juta bagi menyiarkan perkara isu penyenaraian Felda dan turut disiarkan di TV dan akhbar-akhbar utama.

SOALANNYA: APA PERLU NAMA FELDA DILETAKKAN PADA FELDA GLOBAL VENTURES SERTA NAMA FELDA PADA ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA YANG LAIN JIKA FELDA TIDAK MENDAPAT APA-APA MANFAAT SELEPAS PENYENARAIAN NANTI ?

Sekadar menggunakan nama FELDA kerana wujudnya saham Koperasi Permodalan Felda sebanyak 30% adalah SALAH kerana KPF sendiri tidak memberi apa-apa pulangan kepada BELANJAWAN ORGANISASI FELDA kecuali kepada ahli-ahli koperasi semata-mata.

Malah sebagai perbandingan, pemilikan Koperasi Permodalan Felda dalam syarikat Power Root adalah 33% dan tidak pula Power Root beroleh hak menggunakan nama FELDA kerana penggunaan nama FELDA adalah dengan kebenaran pengurusan dan Lembaga Pengarah FELDA sahaja.

Dengan FELDA menarik balik kebenaran menggunakan nama FELDA iaitu nama cop dagangnya kepada Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat, ianya akan memberikan IMPAK seperti berikut:

1. MEMBONGKAR HASRAT SEBENAR Isa Samad dan Sabri Ahmad menggadaikan segala pendapatan, aset dan hartanah FELDA milik bersama pengurusan dan peneroka kepada pelabur luar.

Tiada guna FELDA membenarkan lagi namanya dipakai sekadar menyokong PEMBOHONGAN Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa ini untuk kebaikan FELDA. Dengan tiadanya nama Felda, lebih mudah difahami bahawa, FELDA sudah tiada apa-apa kaitan dengan Felda Global Ventures dan anak-anak syarikatnya.

2. MEMBONGKAR KEHILANGAN PENDAPATAN BELANJAWAN FELDA untuk pembangunan pertanian dan sosio-ekonomi peneroka FELDA. Sekurang-kurangnya RM1.5 billion perbelanjaan dan faedah untuk peneroka sahaja akan HILANG melalui penyenaraian anak-anak syarikat dan pajakan tanah-tanah FELDA yang bakal bermula 1.1.2012.

FAKTA KEHILANGAN PENDAPATAN BELANJAWAN FELDA INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES. IANYA BOLEH DIPEROLEHI JIKA PENEROKA MENYAMAN FELDA DARIPADA BERSETUJU TERHADAP KEPUTUSAN-KEPUTUSAN INI DAN MEMINTA SURAT PAJAKAN DISERAHKAN UNTUK DITELITI PENEROKA-PENEROKA DAN DIPERSETUJUI SECARA REFERENDUM TERLEBIH DAHULU

3. ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA HILANG IDENTITI DAN KLIEN UTAMA. Apabila Felda sudah tidak lagi mengiktiraf anak-anak syarikatnya kerana sudah kehilangan HAK SECARA TOTAL, pekerja-pekerja anak syarikat dijangka mengalami krisis identiti apabila tidak lagi dapat berbangga menjadi sebahagian dari FELDA. Impak kewangan juga bakal dirasai anak-anak syarikat seperti:

a. FELDA ENGGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK ANAK SYARIKAT. Diketahui bahawa FELDA terpaksa guna perkhidmatan anak syarikat FELDA seperti Felda Security (FELSCO) yang mahalnya mengalahkan askar Gurkha tetapi atas FELSCO memberi pulangan pendapatan dan ramai anak-anak Felda di situ, FELDA memejamkan matanya.

Begitu jua anak syarikat FELDA lain seperti Felda Prodata dan Felda Engineering yang diberi upah premium. Apabila FELDA jatuh miskin dirampas pendapatannya oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad, Felda perlu berhemat dan mencari syarikat lain bagi mendapat perkhidmatan sama dengan harga lebih murah seperti syarikat bumiputera lain.

b. KRISIS IDENTITI ANAK SYARIKAT akan dirasai oleh anak syarikat Felda seperti Delima Oils yang berbangga mengeluarkan minyak Saji dengan tagline Felda Best, Produk Bermutu Keluaran Felda. Bayangkan warga Felda selepas ini memboikot minyak Saji yang dikuasai 70% pelabur luar.

c. PENEROKA MEMBOIKOT KILANG SAWIT FELDA.Sebelum ini pengurusan FELDA boleh juga memujuk peneroka menghantar buah sawit kepada Kilang-Kilang Felda di bawah Felda Palm Industries kerana banyak faedah dan dana dipulangkan kembali FELDA kepada peneroka, tetapi dengan kehilangan kemudahan dan keistimewaan sebagai peneroka seperti pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan, kesihatan, kerohanian, sukan, usahawan dan lain-lain, peneroka-peneroka punya hak sepenuhnya tidak menjual buah sawitnya kepada FELDA.

Perlu diiingat bahawa lebih 90% peneroka sudah memiliki geran dan jika 30 hari sahaja peneroka-peneroka ini boikot kilang-kilang Felda, akan hilang kerjalah semua pengurusan dan pekerja-pekerja kilang tersebut. Peneroka-peneroka tetap mempunyai tanah dan pendapatan lain masing-masing.

Oleh itu, dituntut supaya FELDA mengeluarkan namanya dari nama Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda yang bakal digadai kepada pelabur luar. Tak usahlah diikutkan sikap Ali Baba penyangak-penyangak UMNO di luar sana di mana syarikatnya Pengerusinya Orang Melayu, Lembaga Pengarah Orang Melayu ada 2-3 tapi ada hati nak dipanggil syarikat bumiputera walaupun yang empunya duit dan melakukan kerja tersebut dengan gigih adalah bangsa lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan